RSS

‘uzlah’

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera…………

Pasti… ini coretan akhir umi di sangkar ini..

Saat ini diri terasa begitu sayu, hati meruntun sendiri..Berderai lagi mutiara jernih membasahi pipi…Umi balik ke Teratak Syurga Cinta… mencapai KalamNya, melagukan ayat2 indahNya… peringatan, nasihat, panduan serta pedoman.. Hati tenang kembali, jiwa terisi semula dengan NurMu.. Syukran Ya Allah.. Satu perkara yang umi gemar sekali lakukan.. dan umi pasti akan dapat jawapan setiap kali umi lakukan begitu. Usai mengaji, umi tutup Al-Quran, rapat2.. kemudian, umi buka semula dan baca ayat pertama yang hati dan mata umi tuju.. 3 percubaan yang sasarkan kali ini..

Ayat Pertama : 

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terpseri sakitnya di dunia dan akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)(An-Nur:19)

Ayat Kedua : 

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisa : 40)

Ayat Ketiga : 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah : 214)

Catatan tidak mungkin terhenti di sini kerana aku pasti asal ianya dimulakan.

Tarian tidak mungkin terhenti begitu sahaja kerana aku yakin dengan lenggong bunganya

Seperti yang umi pernah nyatakan, kita pasti perlu ber’hijrah’ lagi.. mencari pelabuhan baru, menyingkap kisah baru di pertengahan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia ini, Kau Rahmatilah jejak langkahku seterusnya. 

Salam 15 Ramadhan 1432H, Salam Hijrah buat kami.

 
Leave a comment

Posted by on August 15, 2011 in family, kids, life, myself

 

‘uswatun hasanah’

Assalamualaikum wbt & Masa’ul Khair Ya Bunaya,

Al-Awal, maaf coz rasanya hampir seminggu sangkar ini terbiar sepi, tanpa omelan umi..pasti ada yang merindu. Begitu juga diri umi ini. Beberapa hari ini rindu menggamit diri umi lagi. Untuk sekian kalinya seperti selalu… Bicara Rindu buat Tok, Mbah, adik2 umi & makcik2 umi di perantauan. Ini pun umi mencelah dikesibukan waktu pejabat, setelah penat mengarang surat & minit mesyuarat. Minggu ni, umi buat sendiri. Memandangkan staf-staf umi juga sibuk dengan tugasan lain. Penat juga, memerah idea. Dulu itulah rutin umi. Mungkin dah ditakdirkan, dilahirkan sebagai Setiausaha.. Dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading itulah ‘post tetap’ umi. “Kat dahi tu dah ada perkataan Setiausaha kot”, usik Tok tiap kali bila umi mendapat amanah baru.. Kenangan bermusim dulu.. memang indah untuk dikenang. Mata dipejam rapat. Andai mampu diulang waktu…  Jauh umi dibawa kenangan. Airmata tumpah tak semena-mena. Memikirkan diri yang sebatang kara di sini tanpa sanak saudara mengadu nasib. Begitulah setiap kali, lebih terasa bila diri ditinggalkan Zauj tersayang.  Setiap kali kaki ayah melangkah pergi, pasti dititip pesanan berbaur azimat, buat bekal diri umi.

cinta pasangan sebagai ibadah

memenuhi kekosongan jiwa,

mendorong kebaikan,

membuka pintu kasih,

 mencurahkan rahmat Allah

 dan tiket bertemu semula di Syurga.

Sekilas terkenang juga sambutan Raya tahun ni..mcm mana ya?.. pasti suasana sayu & syahdu seperti 2 tahun lalu menyelubungi kita lagi. Namun, mungkin tahun ini lebih baik keadaanya.. Mudah-mudahan..

2 Malam lepas, bermula Fasa ke-2 Ramadhan – Fasa Maghfirah. Apa Maghfirah tu Umi? Maghfirah ertinya Pengampunan. Alhamdulillah, memulakan perjalanan fasa kedua dengan baik bersama Ayah. Mujur juga anak2 tidur awal. Tak pasti kenapa 2 hari lepas umi begitu kepenatan. Beban di pejabat mungkin. Sekembali ayah dari urusan luar malam tu, ayah kejutkan umi penuh hikmah. “Kita solat sama ya sayang..” Alhamdulillah, Malam Pertama Fasa Maghfirah kami imarahkan dengan Solat Terawih dan Solat Taubat bersama… Syukran Ya Allah, kami Meniti Anjung Maghfirah Mu akan kami gagahi untuk menuju Itqun Minnan Naar. Syukran Ya Zauji Habibi, meski tidak sering kita lalui segalanya bersama namun tetap yakin bahawa itulah Rahmat buat kita. Alhamdulillah

********************************************************************************

Bingkisan ini umi coretkan khas buat srikandi mujahidahku sempena Penghulu Hari seperti umi janjikan inilah Pengisian Ilmiah hari ini:

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..” -Imam Hasan Al-Basri-

Anak-anakku,

Ada ketika kita akan melalui fasa kehidupan yang kadang-kala menekan diri kita sendiri. Namun, jangan mengalah sayang.. Benar, kita akan dikata atau dicemuh dek orang-orang yang mungkin kurang menyenangi diri ini. Namun, disebalik cemuhan itu, ada juga perkara-perkara yang kita lakukan menjadi uswatun mereka. Sudah pasti perkara-perkara yang menjadi uswatun itu adalah perkara-perkara yang baik. Jika tidak masakan menjadi ikutan, bukan? Kenang kembali Sirah Perjuangan Rasulullah SAW, baginda dicemuh, dikata dan dihina namun apa yang baginda lakukan tetap menjadi ikutan Masyarakat Jahiliyyah bilamana dilihat melalui pelakuan baginda itu memberi kebaikan. Namun disebab ego mereka, mereka tidak mengakui itu. Malah menyatakan kebaikan itu adalah dari diri mereka sendiri. Rasulullah SAW tetap Tawaduk & bersabar, menongkah arus perjuangan demi menegakkan Syiar Islam. 

Begitulah juga kehidupan di akhir zaman ini sudah pasti lebih banyak dugaan yang mencabar diri berlaku. Namun, sebagai Muslimin & Muslimat sejati, jangan goyah dan cepat melatah kerana Allah ada tegaskan keteladanan Rasulullah saw dengan sebutan USWATUN HASANAH, bukan sekadar uswah. Sebab jika keteladanan yang ditampilkan tidak bernilai kebaikan atau bahkan membuat orang jauh dari kebaikan, justeru akan menjadi investasi dosa seperti dalam hadits Rasulullah saw.

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ صحيح مسلم – (ج 6 / ص 342)

“Barang siapa yang memulai kebaikan dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkan di belakangnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa yang memulai keburukan dalam Islam, maka ia mendapatkan dosanya, dan dosa para pengamal sesudahnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” Muslim.

Oleh itu anak-anakku dan pengunjung setia sangkar ini, Tarbiyah yang paling berkesan adalah melalui Teladan. Menjadi ikutan yang mudah, tarbiyah paling berhemah. Kerana seringkali kita akan dipersalahkan andai cuba membetulkan sesuatu keadaan bilamana kita menegur meski dengan cara paling berhemah. Maka, cara yang terbaik adalah tunjukkan lah teladan. Mudah-mudahan melalui cara ini, hati mereka akan terbuka dan dengan lebih mudah untuk membuat perubahan diri. Begitulah juga dalam hal mendidik anak-anak. Kerana itu Rasulullah sering menekankan Konsep Uswatun Hasanah. Di sini umi kongsikan garis panduan mendidik anak cara Rasulullah SAW yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu: 

TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. 

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab. 

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 

Alhamdulillah, itulah juga sebahagian perkongsian pada Majlis Ilmu yang umi hadiri beberapa minggu lepas yang disampaikan oleh Ustaz Hanim dari Excel Training. Insya Allah, dari masa ke semasa akan umi kongsikan lagi. Umi beransur dulu, ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Bayar Bonus Staf! kalau tak siap ni, boleh haru-biru dunia… =) Selamat Berbuka Semua!

Wassalam

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2011 in family, ilmiah, kids, life, myself

 

“Sahur”

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi princessiaku sayang…

Alhamdulillah, dilimpahkan Rahmat & Kesempatan untuk meneruskan ibadah di Bulan yg Mulia ini. Alhamdulillah juga, semalam dapat berkumpul bersama untuk Iftar di Teratak Syurga Cinta kita. Menu umi sediakan adalah atas permintaan. Ayah request Masak Lemak Cili Padi & Ikan Bakar. Nurin pula request Piza.. Bersyukur, meski dalam kesibukan tugas dan kekangan masa, umi masih mampu memenuhi. Umi bukanlah chef yang terror bab memasak.. tak blh lawan Tok. Tapi bila ada permintaan, sedaya mungkin umi usahakan. Alhamdulillah setakat ini, setiap resipi yang umi cuba ‘menjadi’.. Yang penting, setiap apa yang dilakukan perlulah dgn niat yg baik..InsyaAllah, pasti Allah mudahkan dan buahkan hasil. Niat masak utk keluarga. “Jangan lupa setiap kali basuh beras, kacau kuah, menguli tepung atau apa2 shj pelakuan ketika masak perlu disulami dengan Bismillah, Surah Al-Insyirah, Selawat & bisikkanlah doa2 yang kita inginkan. Sbg contoh: Ya Allah, lembutkanlah hati orang yang makan,makanan ini. Ya Allah, semoga dengan makanan yang kusediakan ini menambah keberkatan ukhwah kami..” begitulah pesan azimat Tok tak jemu2 bila kami di dapur.. Terima kasih Mak!. 

Alhamdulillah, sehingga Ramadhan ke5 ni, resolusi umi utk Ramadhan kali ini masih terjaga.. Apa resolusi umi? herm..nanti di hujung Ramadhan ni, Insya Allah umi kongsikan. ok lah, sedikit pengisian ilmu coz semalam umi tak sempat nk coretkan sesuatu seperti yg umi janjikan so umi Qada’ lah arini..boleh kan? Apa yang umi nak kongsikan? 

APA ITU SAHUR??
Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ia ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulanramadhaN. Ia di lakukan sebelum waktu imsak. Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.

Niat Makan Sahur

niat makan sahur

 Nawaitu shauma gadhin ‘an adaai fardhu syahri ramadhaan haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Artinya:

Dengan nama Allah yg maha Pengasih maha Penyayang saya berniat berpuasa sehari penuh besok dalam bulan ini bulan Ramadhan, karena Engkau ya Allah, amin.

Mengapakah kita perlu bersahur? Sebenarnya amalan bersahur adalah sunnah Nabi s.a.w dan diceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan bersahur pada Ramadan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim )

Bersahur ada keberkatan. Persoalannya keberkatan yang bagaimana? Pertama mari kita tinjau lagi apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Dalam kitab Shahih al-Jaami’ ada direkodkan satu pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.”  

Masya-Allah, begitulah hebatnya bersahur. Amalan bersahur yang kita laksanakan itu bermakna kita telah menegakkan amalan sunnah Rasulullah dan ini juga satu pembuktian iman dan takwa. Abu Sa’iad Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengatakan: “Bersahur itu semuanya berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun salah seorang kamu bersahur dengan seteguk air kosong, kerana sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya memohon rahmat kebaikan kepada mereka yang bersahur.” Pernyataan hadis Nabi ini boleh kita rujuk dalam kitab Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib.

Satu aspek lagi yang harus kita fahami ialah amalan bersahur itu membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain. Ini kerana boleh dikatakan semua agama mempunyai amalan berpuasa mengikut gaya dan cara mereka tersendiri. Tetapi dalam Islam, keistimewaan bersahur menjadi pembeza amalan berpuasa itu. Hal itu ditegaskan sendiri oleh Rasulullah yang mengatakan: “Sesuatu yang membezakan antara puasa kita dengan puasa Ahlul-Kitab adalah sahur.” (Hadis diriwayatkan Muslim dan at-Tirmidzi)

Ahlul-Kitab tidak pernah makan sahur untuk berpuasa, justeru kita umat Islam diperintahkan untuk membezakan diri dengan mereka. Meskipun tanpa bersahur puasa kita tetap sah di sisi Allah, namun dengan mengamalkan bersahur itu menunjukkan kita menyanjungi sunnah amalan Rasulullah dan mengikuti sunnah Nabi sebagai bukti kecintaan kita kepada baginda. Jika diteliti daripada sudut sains kesihatan moden sekalipun, jelas amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan berpuasa di siang hari.

Misalnya daripada laporan kajian Dr Theresa Nicklas, seorang pakar kesihatan dari Kolej Perubatan Baylor yang melakukan satu tinjauan terperinci bersama rakannya mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi akan berkemungkinan menanggung risiko dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan akan membawa kepada penyakit anemia, iaitu sejenis penyakit akibat kekurangan hemoglobin dalam darah.Kajian itu dikeluarkan kepada umum pada 24 September 2001. Justeru, dapat kita kaitkan di sini bahawa amalan bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi. Demikian hebatnya sunnah Nabi yang telah lebih 1,400 tahun dulu diamalkan dan baru kebelakangan ini pakar sains moden berjaya menemui khasiat dan keutamaannya kepada kesihatan manusia. Tepatlah dikatakan bahawa semua urusan Allah adalah indah dan ini terbukti dalam amalan bersahur.

Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman. Mari kita hayati peringatan Allah kepada kita:

“Katakanlah, mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya, (iaitu) orang-orang yang berdoa, Ya, Tuhan kami, sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur.’ (Maksud surah Ali Imran ayat 15-17).

Ayat Allah itu memberitahu kita bahawa waktu bersahur termasuk dalam saat yang terbaik dan yang paling afdal untuk memohon doa kepada Allah.

Jadi, dapatlah dikatakan amalan bersahur adalah anugerah Allah kepada kita yang berpuasa pada Ramadan dan hendaknya kurniaan nikmat itu jangan dilepaskan begitu saja. Manfaatkan dengan sepenuh ikhlas mengharapkan keredaan dan keberkatan Allah.Semoga Ramadan tahun ini kita penuhi dengan segenap amalan wajib dan sunat semata-mata mengharapkan ganjaran pahala berganda di sisi Allah. Ini termasuklah dalam bangun bersahur. Ingatlah, bersahur itu satu ibadah dan amalan sunnah Rasulullah.
Diam itu menyingkir syaitan. Adab bicara ISlam cari perkataan yang menyeronokkan. Jgn sekali menghina terutama peribadi. BEradab walau bergurau. JAngan menghina sebagaimana kita tidak suka dihina. JAga adab. JAngan amal kutuk mengutuk kononya membawa bahagia. KAlau kita rasa susah nak keluar perkataan baik bererti kurang kebaikan dalam jiwa kita. KEsian orang yang jahat mulutnya. Muflis diakhirat nanti. JAga apa ditulis di facebook ~Prof. Muhaya~
 
Leave a comment

Posted by on August 6, 2011 in family, ilmiah, kids, my luvie dovey

 

“Tika”

Tika wajah
penat memikirkan dunia, maka berwuduklah…

 Tika tangan ini
letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah…

Tika bahu tidak
kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah…

Ikhlaskan semuanya
& dekatilah Allah s.w.t….

Agar tunduk disaat yang lain angkuh…

Agar teguh disaat yang lain runtuh…

Agar tegar disaat yang lain terlempar…

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in life, myself

 

Iftar – Ramadhan ke3

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Princessia…

Dah pukul 12.31 tgh mlm.. Mata umi masih belum mampu lelap. Excited nak share ape yg kami lakukan utk Iftar tadi. “Ape Iftar tu umi?” tanya Nurin dan Ain.. Sedikit perkongsian ilmu buat anak-anakku… Iftar tu adalah istilah yang paling tepat menunjukkan kita membatalkan puasa apabila telah tiba waktunya, samalah juga dengan Berbuka Puasa… 

 

Alhamdulillah, niat ummi utk kami berbuka di Masjid UTM tercapai juga petang tadi. Impian murni ummi, kongsikan dgn ayah.. Ayah yg begitu memahami memberi keizinan. Thanx my dear!

Pukul 5.30 ptg, setelah semuanya selesai di ofis, ummi terus bergerak pulang… rutin biasa, panggilan dari ayah menemani ummi dalam perjalanan pulang. Bertukar cerita seharian di pejabat.. (Macamlah seminggu tak berjumpa). Usul berbuka apa dan dimana menjadi topik seterusnya.. “Jadi nak berbuka di Masjid?” tanya ayah.. “InsyaAllah..jadi. tapi nak siapkan juga bekal ape2 yang patut..dibuatnya tak cukup mknn..kesian anak2 nnti” terang ummi. “Balik rumah dulu lah siapkan bekal, senang sket. Nanti tinggl amik anak2 je. Terus ke Masjid. Hati2 jgn renyah sgt” pesan ayah tak jemu2. Ummi pun terus balik rumah dulu. Siapkan sebakul bekal. Siap dgn susu dan Air Ribena yg ayah belikan smlam utk princessia umi. (Upah utk kakak yg berpuasa). Nasi, ayam goreng, sup sayur & sedikit tamar. Siap!!! Terus bergegas ke rumah babysitter.. ambil anak2.. Alhamdlillah, Nurin masih bertahan.. siap dpt bekalan roti durian dari babysitter utk Iftar nanti.

This slideshow requires JavaScript.

Inilah corat-coret umi & princessia kesayangan ketika Iftar di Masjid UTM. (Sempat lagi bg pose cun =)) Meriah..seronok coz ramai2. Ditambah pula dilayan oleh kakak2. Usai Iftar, kami terus ke kedai. Hajat umi nak beli susu adik Sajidah dan berus gigi kakak2, coz berus gigi lama dh kembang. Selepas membeli, Nurin & Aim minta nak main kat depan kedai. Tak sampai hati umi nak menolak. So, umi turutkan.sebagai upah buat anak2.. Alhamdulillah..hajat terlaksana.

“Umi, esok Nurin nak puasa lagi tau” kata Nurin penuh bersemangat. Syukur, meski usianya baru 5 tahun, semangat untuk menunaikan Rukun Islam ke3 ini begitu menebal. Moga srikandiku ini terus dalam Lindungan & Kasih SayangMu.. bisik ummi sendirian, dalam perjalanan pulang dari kedai. Setiba di rumah, sebakul kain yang baru siap dicuci umi kerjakan. Alhamdulillah, selesai satu lagi tugasan. Tugasan seterusnya ialah menidurkan anak2. Jam dah menunjukkan pukul 9.15 malam. Anak2 dikerah ke atas untuk tidur, mujur mudah sahaja. Begitulah aktiviti hari ini. Esok akan bermula lagi hari baru.. Dah pukul 1.26 pagi.. ummi beransur dulu. Insya Allah jumpa lagi nanti. Esok jadual kerja ummi agak padat. Ada mesyuarat belah pagi & petang. Mudah2an semuanya berjalan lancar, dimudahkanNya & diBerkatiNya.. ameen.

 

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in CAREER, family, kids, life

 

Package of L.O.V.E

Assalamualaikum wbt & Salam Sayang Princessia…

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah swt. Atas nikmat & kasih sayangnya.. Dari Perancangan menjelang Ramadhan sehinggalah hari ke3 Ramadhan ini terlaksana jua.. Cukup indah, cukup manis… Pasti, andai ini Ramadhan terakhir umi, umi syukur kerana sebahagiannya telah terlaksana. Terima kasih Ayah kerana begitu bersungguh untuk sama2 merealisasikannya.. Syukran Jazilan juga buat puteri-puteri umi yang tidak pernah jemu menghadapi segalanya bersama…. Ya Allah, manisnya. Awalan, Pakej Kasih Sayang yang Allah limpahkan buat kami sekeluarga dalam menyambut Ramadhan membuatkan kami bersyukur kerana diizinkan dan dimudahkanNya. Syukran Ya Rabb.

Mak, Bapa, Aida, Hanis, Hafiz, Atiqah & Afifah… Insya Allah, mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan membawa sinar yang cemerlang dalam hidup kita semua.. Syahdu amat meninggalkan keluarga tercinta. Bukan mudah untuk bertentang mata, apa lagi berkumpul & berdakap mesra.. Meski tak kesampaian hajat utk bergambar sekeluarga, segalanya tetap akan abadi dalam ingatan.

1 Ramadhan 1432H

Ku kirim doa pada hembusan bayu tengah malam, Moga titis embun yang meniti dedaun menjadi secangkir air pengubat rindu. Kalian sentiasa dan selalu dalam ingatanku…

2 Ramadhan 1432H

Hajat berbuka bersama Mak & Atok di simpang juga terlaksana. Jam 12 tghri, kami tiba di rumah, niat awal nk singgah Simpg dulu sblm pulang ke rumah. Tapi, ayah perlu ke pejabat pula.. “Kita balik umah dulu ya sayang, petang nnt kta balik Simpng…”pesan ayah sblm berlalu ke pejabat. “Orait dear…” Sepeninggalan ayah, umi sempatlah mengemas kain baju utk dibasuh dan packing ole2 dari Kelantan utk diagihkan. Jam 3.00ptg mulalah bergegas ke kedai bersama angkatan Charlie’s Angel umi, membeli barang basah utk persiapan berbuka. Dalam kepala ligat memikir..nak masak ape ey? Hmmm… masak singgang pun sodappp kan? Dessertnya? (begitulah rutin umi sedari kecil, kebiasaan Tok menyediakan sajian berbuka, harus ada menu lauk & dessert). Teringat ayah ada cakap, tak puas mkn puding umi aritu.. herm, wat puding lah.. senang & sedap. Masa pun terhad dah ni. Setiba rumah dah pukul 4 petang. Ape lagi terkocoh-kocoh lah umi siapkan sumenye.. Selesai masak & kemas dapur, jam dah menunjukkan angka 5 petang. Sementara tunggu ayah balik, ummi siapkan princessia umi. Sesampai je ayah, kami pun terus bertolak ke Simpang Renggam. Jam 6.30 petang, sesampai je di Simpg, ummi pun bantu Mak menghidang mknn. Alhamdulillah, dapat berbuka bersama.. 

***********************************************************

Ramadhan ini, ada impian yang ingin umi realisasikan. Ramadhan ini, ada perkara yang perlu menjadi titik tolak kehidupan seterusnya..Ramadhan ini, ada cabaran buat diri sendiri yang akan terlaksana.. Kerana Ramadhan ini mungkin Ramadhan terakhir bagiku…. Selamat datang Bulan Mulia, Bulan Penuh Keberkatan, Bulan yang Lengkap dengan pelbagai Pakej Kasih Sayang dari Allah swt.. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung setia Sangkar ini. Di kesempatan yang Mulia kami warga princessnest menyusun sepuluh jari, mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan diri, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. 

Ok la sayang, jam dah pun menunjukkan pukul 5.08 petang..staf2 ummi sume dah bergerak pulang. Ummi pun nak balik dulu. Hari ni, ummi ada plan ‘terbaeekk’ utk anak2 umi. Nurin & Ain bagun sahur pagi tadi & nak berpuasa. Harapnya masih berrtahanlah hingga berbuka nanti. Alhamdulillah.. Sebelum ummi melangkah pulang, ummi kongsikan lagu ni ey… 

PERCAYA PADAKU – UNGU (thanx dear!)

Selamat Berbuka semua…
 
 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2011 in family, friends, kids, life

 

“Tika kita menangis”

Assalamualaikum wbt & Salam Petang Princessia umi,

Alhamdulillah Jumaat yang Barokah dtg lagi. Dah pun dihujung hari. 

Alhamdulillah juga Matlamat Utama mlm tadi terlaksana jua. Terima kasih buat Ibu & Awie, Amie, Faiz & Alisya yang hadir bermalam di Teratak Syurga Cinta kita. Meski matlamat sampingan tak kesampaian, tak mengapalah.. pasti terkandung hikmah. Insya Allah akan ada kesempatan dilain kali. Sebetulnya hajat gathering family begitu umi ingin lakukan sekali sebulan. Rapatkan ukhwah. Namun ada kekangan yang masih belum mengizinkan. Namun, Alhamdulillah hajat awal nak buat menjelang Nisfu Sya’ban lalu. Tapi ada kenduri pula di rumah Mak & Atok so pospon lah… kebetulan kena tika Hari Ulangtahun Ibu, so.. tak sempat nak buat apa2 sambutan tapi menu masakan malam tadi adalah sebahagian dari hadiah umi buat ibu. Biasalah, bila dah berkumpul ramai2, mcm2 hal lah jadinya. Syukur, segalanya berjalan dengan baik meski ibu kurang sihat. So, umi bagilah ubat selsema – Clarinise (ubat yg mbah slalu bagi pd umi dlu. Ubat selsema ni bagus dan tak menagntuk). Ibu samb tidur.. Alisya pula agak meragam.. Umi runsing, lalu letakkan senaskhah Al-Quran disebelah kepalanya. Barulah dia boleh tidur. (Mungkin ada sesuatu yang menganggu, fikir umi). Mudah2an ini bukan gathering terakhir buat kita.. 

Tengahari tadi juga, sempat umi, Nurin & Ain berkejar ke rumah mama. Melawat lagi sekali adik Adam. Cian Adam, kena kuning.. Sorry mama tak dapat nak borak panjang, umi kena masuk ofis semula. Nanti kita cari masa lagi n borak2 ey…

This slideshow requires JavaScript.

p/s: Gmbar Nurin muncung coz dia merajuk nk amik gmbo…hihihi

Anak-anakku,

“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya.”

Ketika secara zahir Allah menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, beerti Dia telah melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia Allah itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran kaburnya mata hati.

Tunjukkan kemurahan kepada saudara-saudaramu. Biasakan dirimu memberi dan mengasihi. Memberi secara langsung adalah mengeluarkan harta dan menyerahkannya kepada mereka. Sementara, memberi secara tidak langsung adalah menunjukkan perhatian. Jangan bakhil dan menahan apapun yang mampu kau berikan kepada mereka. Kerana keramahan, kemurahan dan kelapangan merupakan inti perjalanan. Siapa saja yang menjaga sifat-sifat itu dalam hidupnya, nescaya seluruh rintangan yang menghalangi dan mengotori mata hati akan sirna.

Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa jalan keluar akan segera datang secepat cahaya dan sekejap mata.

Allah tidak pernah mensia-siakan kita, hanya kita yang mensia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan pada kita. SubahanAllah!

Dia yang memiliki, Allah memiliki segala-galanya.

Bertepatan dengan gerbang Ramadhan. InsyaAllah bermula minggu ini, setiap Jumaat umi akan cuba sajikan dengan pengisian ilimiah agar Roh Jumaat itu dapat dirasai & dimanfaatkan bersama. Insya Allah. PadaNya jua segala kita serahkan. Moga setiap niat & amal yg baik itu mendapat Rahmat & DimudahkanNya. ameen.

Ya Allah, pelihara ‘rasa’ ini. Sungguh aku amat merindui Ramadhan, bersemangat umi nak menyambutnya tahun ini, Berdebar amat, tak pasti kenapa. Excitednya, sampai rumah pun dah siap umi kemaskan meski sendirian saja. Angkat itu, alih ini, tampal itu dan letak ini, basuh itu, sental ini. Tinggal bilik je yang tak sempat nak kemas lagi. Janji umi, sebelum puasa, mesti nak settle juga. Aktiviti Ramadhan kali ini dh mcm2 umi angankan. Mudah2an Allah kabulkan. Ameen, Ya Rabb.
 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2011 in family, ilmiah, life