RSS

Category Archives: CAREER

Iftar – Ramadhan ke3

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Princessia…

Dah pukul 12.31 tgh mlm.. Mata umi masih belum mampu lelap. Excited nak share ape yg kami lakukan utk Iftar tadi. “Ape Iftar tu umi?” tanya Nurin dan Ain.. Sedikit perkongsian ilmu buat anak-anakku… Iftar tu adalah istilah yang paling tepat menunjukkan kita membatalkan puasa apabila telah tiba waktunya, samalah juga dengan Berbuka Puasa… 

 

Alhamdulillah, niat ummi utk kami berbuka di Masjid UTM tercapai juga petang tadi. Impian murni ummi, kongsikan dgn ayah.. Ayah yg begitu memahami memberi keizinan. Thanx my dear!

Pukul 5.30 ptg, setelah semuanya selesai di ofis, ummi terus bergerak pulang… rutin biasa, panggilan dari ayah menemani ummi dalam perjalanan pulang. Bertukar cerita seharian di pejabat.. (Macamlah seminggu tak berjumpa). Usul berbuka apa dan dimana menjadi topik seterusnya.. “Jadi nak berbuka di Masjid?” tanya ayah.. “InsyaAllah..jadi. tapi nak siapkan juga bekal ape2 yang patut..dibuatnya tak cukup mknn..kesian anak2 nnti” terang ummi. “Balik rumah dulu lah siapkan bekal, senang sket. Nanti tinggl amik anak2 je. Terus ke Masjid. Hati2 jgn renyah sgt” pesan ayah tak jemu2. Ummi pun terus balik rumah dulu. Siapkan sebakul bekal. Siap dgn susu dan Air Ribena yg ayah belikan smlam utk princessia umi. (Upah utk kakak yg berpuasa). Nasi, ayam goreng, sup sayur & sedikit tamar. Siap!!! Terus bergegas ke rumah babysitter.. ambil anak2.. Alhamdlillah, Nurin masih bertahan.. siap dpt bekalan roti durian dari babysitter utk Iftar nanti.

This slideshow requires JavaScript.

Inilah corat-coret umi & princessia kesayangan ketika Iftar di Masjid UTM. (Sempat lagi bg pose cun =)) Meriah..seronok coz ramai2. Ditambah pula dilayan oleh kakak2. Usai Iftar, kami terus ke kedai. Hajat umi nak beli susu adik Sajidah dan berus gigi kakak2, coz berus gigi lama dh kembang. Selepas membeli, Nurin & Aim minta nak main kat depan kedai. Tak sampai hati umi nak menolak. So, umi turutkan.sebagai upah buat anak2.. Alhamdulillah..hajat terlaksana.

“Umi, esok Nurin nak puasa lagi tau” kata Nurin penuh bersemangat. Syukur, meski usianya baru 5 tahun, semangat untuk menunaikan Rukun Islam ke3 ini begitu menebal. Moga srikandiku ini terus dalam Lindungan & Kasih SayangMu.. bisik ummi sendirian, dalam perjalanan pulang dari kedai. Setiba di rumah, sebakul kain yang baru siap dicuci umi kerjakan. Alhamdulillah, selesai satu lagi tugasan. Tugasan seterusnya ialah menidurkan anak2. Jam dah menunjukkan pukul 9.15 malam. Anak2 dikerah ke atas untuk tidur, mujur mudah sahaja. Begitulah aktiviti hari ini. Esok akan bermula lagi hari baru.. Dah pukul 1.26 pagi.. ummi beransur dulu. Insya Allah jumpa lagi nanti. Esok jadual kerja ummi agak padat. Ada mesyuarat belah pagi & petang. Mudah2an semuanya berjalan lancar, dimudahkanNya & diBerkatiNya.. ameen.

 

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in CAREER, family, kids, life

 

seminggu yg lalu..

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam Princessia Umi…

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…

Bersyukur, masih punya hayat, masih punya kudrat, masih punya kemampuan meski kesihatan kita sekeluarga agak tidak menentu sejak akhir2 ni. Ayah, umi, nurin,ain & sajidah semuanya mengalami batuk2 yang agak serius. Bermula dengan ayah, kemudian ain, sajidah, umi dan nurin.. Ayah & umi agak sehati & sejiwa.. kemarin ayah batuk darah..umi yg comey ni jaga ayah & anak2 sehabis baik (uh, ayat perasan apakah ini?). semalam giliran umi pula. Mujur ayah disisi.. bertindak sebagai Mr Mama yg sgt hebat & juga Superman umi yg tangkas…hihihi (Thumbs Up utk Ayah!!! – alamak, umi hutang upah utk ayah..nanti ey.. =) )

Tadi bergayut dengan Tok..cerita..ceriti..biasalah kan..memacm lh yg dikongsikan & diluahkan. Thanx utk Tok coz ingtkan umi ttg petua batuk2 ni.. Teringat zaman umi ber’Kayangan’ dlu.. Aunti Repa yg kongsi petua ni.. Minum kicap yg diperah dgn limau nipis. Ha’ah, umi terlupa… nnti tunggu ayah balik, kita try sesame dgn ayah ey.. then  sape lg ey yg kongsikan, sapu kapur campur limau nipis dekat tekak dan dada.. herm, senang & menarik. Amat sesuai utk umi yg susah sgt nk mkn ubat klinik ni.

Ok la to make it short, Start 1 Julai sampai hujung bulan ni, rasanya mmg umi padat dgn Bengkel, aktiviti ofis, aktiviti kolej dan beberapa special event utk family kita.. semua ni gara-gara Ramadhan akan menjengah tak berapa hari lagi so masing-masing berlumba-lumba nak lunaskan tanggungjawab supaya kedatangan Ramadhan nnt dpt dihayati dgn benar-benar Iman. Bukanlah bermakna bulan Puasa tu nnti takde aktiviti langsung.. tapi lebih byk aktiviti yang berkaitan dgn amalan yg boleh meningkatkan pahala puasa pastinya jadi kita terhadkan sikit waktu aktiviti2 yg biasa kita buat spt di bulan2 yg lain. Nama pun Bulan Istimewa.. Ramadhan. Satu Bulan yg Allah hadiahkan buatkan kita. Wajarlah aktiviti2 yg dijalankan adalah lebih istimewa dan berbeza dr bulan2 yg lain kan, anak2?

Aduh, pnjang juga rasanya celoteh umi kali ni. Umi ringkaskan peristiwa yg berlaku seminggu yg lalu;

1-Bengkel Penyelarasan Kursus Bahasa Inggeris Sarjana Muda & Diploma.

2-      Perhimpunan NC – 17 org staf akademi bahasa naik pentas utk kenaikan pangkat utk pertama kalinya ke DS52. Alhamdulillah.. KPI Kenaikan Pangkat umi dh achieve over 200%! Bakal menyusul kira-kira 17 org lagi! Alhamdulillah..(Dr. Aireen salah sorg yg vogue de vast naik pentas pg tu)

3-      Bengkel Anjakan Gaji

4-      Bengkel Kenaikan Pangkat DS54 & Profesor secara online.

5-      Taklimat Audit Universiti Autonomi dari NC

(Bersiap sedialah jentera pendaftar..korg lah yg bakal tak tido mlm nnt)

6-      Persiapan Bengkel Kesihatan Holisitik di Tempat Kerja oleh Datin Dr. Zainah bt. Mokhtar.

7-      Persiapan Bengkel Pemantapan JKM KTC

8-      Bengkel Pemantapan JKM KTC di Felda Residence, Tg. Leman.

Mutiara kata hri ini: jaga solat, utamakan solat, jgn ringgan2kan solat, titik beratkan solat, nasihatkan supaya solat,dahulukan solat, besarkan solat, dirikan solat kerna ia pembeza muslim atau kafir,, di akhirat kelak allah tukar yg takk solat berwajah babi n khinzir ~Ustaz Zawawi Jusoh~

 
 

:: tahajjud cinta ::

Assalamualaikum wbt Princessiaku,

Lirik Lagu Tahajjud Cinta – Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

 maafkan umi kerana beberapa hari sangkar ni terbiar sepi. Banyak sekali aktiviti yang dilakukan, amat padat. baik dirumah mahupun melibatkan karier umi. Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.. punya kekasih hati aka Mr Mama aka Superman dan anank2 yang memahami dan menyokong umi. InsyaAllah andai ada kelapangan akan umi titipkan serba sedikit peristiwa yang kita lalui bersama. Pasti amat manis untuk dikenang, meski waktu begitu mencemburui kita namun Ukhwah Itu Indah Bila Bertemu & Berpisah keranaNya; itulah pegangan
Lagu ini, umi titipkan.. sempena jg cerita Tahajjud Cinta di TV3 dan buat santapan minda kita.
(12.56am from Felda Residence Tg. Leman)
 
Leave a comment

Posted by on July 10, 2011 in CAREER, family, life, my luvie dovey

 

SEDETIK LEBIH

Assalamualaikum wbt Princessia…

Alhamdulillah masih lagi dipertemukan untuk Ahad yg Indah… Semalam merupakan hari pertama TECS dijalankan. Alhamdulillah, segalanya masih dalam kawalan biarpun permualaannya agak kekalutan. Seluruh warga Akademi Bahasa dari Pengarah hingga ke staf sokongan bekerjasama demi menjayakannya. Terima kasih semua. Ummi pulang rumah jam 2 ptg.. setelah selesai prepare utk hr (Ahad) punya sesi pula. Ambil anak2 terus hantar ke Tmn Sri Putri & Kulai. Maafkan ummi anak2ku..terpaksa tinggalkan lagi.. Sorang disana..sorg disini.. ummi tak maksudkannya namun keadaan memaksa terjadi begitu.. (ah..sedih sungguh bila mengenangkan keadaan begini). Selepas itu, ummi terus ke Dewan Sultan Iskandar pula utk raptai dinner kolej mlm ni… Sempat la tolg drg tgk2kan montaj perasmian..nampaknya lampu lip lap umah kita berbakti utk kolej, ayah.. (>.<)

thomey tak???

Balik je dr dewan, umi g tmn u jap..cari charger hp..then baru balik umah. Anak2 xde, so ngemas la umah sket.. then bsiap utk g diner.. G skali ngan K. Norfa (jiran sblh umah). Event mlm td sgggttttt best! congrats to all but a feww thing havfta improve la..nnti dlm post moretem ey… balik tu, g Kulai amik sajidah…

This morning..Sajidah dgn umi… jd boss kt opis! hihihih… to be continue..

 
1 Comment

Posted by on February 13, 2011 in CAREER, Uncategorized

 

MONTHLY GATHERING – UTM STAFF

Assalamualaikum wbt Princessia…

Alhamdulillah, ketemu lagi dihari yg baru. Syukur! wpun mlm td umi benar2 xdpt tido..gara2 byk perkara yg difikirkan sejak akhir2 ni. jutaan maaf buat ayh krn menjadi mangsa peneman umi… dan terima kasih coz sabar melayan dan menidokan umi akhirnya… Dan Alhamdulillah juga pagi ni semuanya bermula dan dalam keadaan baik serta lancar.

InsyaAllah, niat umi tahun ini untuk berkongsi juga sebahagian perjalana karier umi di UTM ni.. Mudah2an satu waktu jadi panduan & pedoman buat permata hati umi.

Hari ini, seperti biasa perjumpaan bulanan NC bersama staf. Pengisian mmg sentiasa padat. Di sini umi kongsikan sebahagian:

Menurut NC, beliau tidak lg mahu menggunakan perkataan KPI (Key performance Indicator) tetapi akan menggantikan dengan KAI (Key Amal Indicator).. Justeru, utk mencapai KAI yg digariskan, setiap pemgangnya seharusnya tahu dan peduli mengenai kriteria-kriteria..(spt mana kita sering peduli ttg apa garis panduan utk capai KPI kita..) Jadi umi kongsikan slide meeting pagi td…

http://www.utm.my/vicechancellor/wp-content/uploads/2011/02/VC-Assembly-7-Feb-2011.pdf

dan lagu ini… utk semua. meremang bulu roma umi bila dgr..mcm ada spirit baru masuk dlm badan..hihihi =)

Happy Working everybody!!!

Wassalam

 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2011 in CAREER