RSS

Category Archives: life

‘uzlah’

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera…………

Pasti… ini coretan akhir umi di sangkar ini..

Saat ini diri terasa begitu sayu, hati meruntun sendiri..Berderai lagi mutiara jernih membasahi pipi…Umi balik ke Teratak Syurga Cinta… mencapai KalamNya, melagukan ayat2 indahNya… peringatan, nasihat, panduan serta pedoman.. Hati tenang kembali, jiwa terisi semula dengan NurMu.. Syukran Ya Allah.. Satu perkara yang umi gemar sekali lakukan.. dan umi pasti akan dapat jawapan setiap kali umi lakukan begitu. Usai mengaji, umi tutup Al-Quran, rapat2.. kemudian, umi buka semula dan baca ayat pertama yang hati dan mata umi tuju.. 3 percubaan yang sasarkan kali ini..

Ayat Pertama : 

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terpseri sakitnya di dunia dan akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)(An-Nur:19)

Ayat Kedua : 

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. (An-Nisa : 40)

Ayat Ketiga : 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah : 214)

Catatan tidak mungkin terhenti di sini kerana aku pasti asal ianya dimulakan.

Tarian tidak mungkin terhenti begitu sahaja kerana aku yakin dengan lenggong bunganya

Seperti yang umi pernah nyatakan, kita pasti perlu ber’hijrah’ lagi.. mencari pelabuhan baru, menyingkap kisah baru di pertengahan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia ini, Kau Rahmatilah jejak langkahku seterusnya. 

Salam 15 Ramadhan 1432H, Salam Hijrah buat kami.

 
Leave a comment

Posted by on August 15, 2011 in family, kids, life, myself

 

‘uswatun hasanah’

Assalamualaikum wbt & Masa’ul Khair Ya Bunaya,

Al-Awal, maaf coz rasanya hampir seminggu sangkar ini terbiar sepi, tanpa omelan umi..pasti ada yang merindu. Begitu juga diri umi ini. Beberapa hari ini rindu menggamit diri umi lagi. Untuk sekian kalinya seperti selalu… Bicara Rindu buat Tok, Mbah, adik2 umi & makcik2 umi di perantauan. Ini pun umi mencelah dikesibukan waktu pejabat, setelah penat mengarang surat & minit mesyuarat. Minggu ni, umi buat sendiri. Memandangkan staf-staf umi juga sibuk dengan tugasan lain. Penat juga, memerah idea. Dulu itulah rutin umi. Mungkin dah ditakdirkan, dilahirkan sebagai Setiausaha.. Dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading itulah ‘post tetap’ umi. “Kat dahi tu dah ada perkataan Setiausaha kot”, usik Tok tiap kali bila umi mendapat amanah baru.. Kenangan bermusim dulu.. memang indah untuk dikenang. Mata dipejam rapat. Andai mampu diulang waktu…  Jauh umi dibawa kenangan. Airmata tumpah tak semena-mena. Memikirkan diri yang sebatang kara di sini tanpa sanak saudara mengadu nasib. Begitulah setiap kali, lebih terasa bila diri ditinggalkan Zauj tersayang.  Setiap kali kaki ayah melangkah pergi, pasti dititip pesanan berbaur azimat, buat bekal diri umi.

cinta pasangan sebagai ibadah

memenuhi kekosongan jiwa,

mendorong kebaikan,

membuka pintu kasih,

 mencurahkan rahmat Allah

 dan tiket bertemu semula di Syurga.

Sekilas terkenang juga sambutan Raya tahun ni..mcm mana ya?.. pasti suasana sayu & syahdu seperti 2 tahun lalu menyelubungi kita lagi. Namun, mungkin tahun ini lebih baik keadaanya.. Mudah-mudahan..

2 Malam lepas, bermula Fasa ke-2 Ramadhan – Fasa Maghfirah. Apa Maghfirah tu Umi? Maghfirah ertinya Pengampunan. Alhamdulillah, memulakan perjalanan fasa kedua dengan baik bersama Ayah. Mujur juga anak2 tidur awal. Tak pasti kenapa 2 hari lepas umi begitu kepenatan. Beban di pejabat mungkin. Sekembali ayah dari urusan luar malam tu, ayah kejutkan umi penuh hikmah. “Kita solat sama ya sayang..” Alhamdulillah, Malam Pertama Fasa Maghfirah kami imarahkan dengan Solat Terawih dan Solat Taubat bersama… Syukran Ya Allah, kami Meniti Anjung Maghfirah Mu akan kami gagahi untuk menuju Itqun Minnan Naar. Syukran Ya Zauji Habibi, meski tidak sering kita lalui segalanya bersama namun tetap yakin bahawa itulah Rahmat buat kita. Alhamdulillah

********************************************************************************

Bingkisan ini umi coretkan khas buat srikandi mujahidahku sempena Penghulu Hari seperti umi janjikan inilah Pengisian Ilmiah hari ini:

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..” -Imam Hasan Al-Basri-

Anak-anakku,

Ada ketika kita akan melalui fasa kehidupan yang kadang-kala menekan diri kita sendiri. Namun, jangan mengalah sayang.. Benar, kita akan dikata atau dicemuh dek orang-orang yang mungkin kurang menyenangi diri ini. Namun, disebalik cemuhan itu, ada juga perkara-perkara yang kita lakukan menjadi uswatun mereka. Sudah pasti perkara-perkara yang menjadi uswatun itu adalah perkara-perkara yang baik. Jika tidak masakan menjadi ikutan, bukan? Kenang kembali Sirah Perjuangan Rasulullah SAW, baginda dicemuh, dikata dan dihina namun apa yang baginda lakukan tetap menjadi ikutan Masyarakat Jahiliyyah bilamana dilihat melalui pelakuan baginda itu memberi kebaikan. Namun disebab ego mereka, mereka tidak mengakui itu. Malah menyatakan kebaikan itu adalah dari diri mereka sendiri. Rasulullah SAW tetap Tawaduk & bersabar, menongkah arus perjuangan demi menegakkan Syiar Islam. 

Begitulah juga kehidupan di akhir zaman ini sudah pasti lebih banyak dugaan yang mencabar diri berlaku. Namun, sebagai Muslimin & Muslimat sejati, jangan goyah dan cepat melatah kerana Allah ada tegaskan keteladanan Rasulullah saw dengan sebutan USWATUN HASANAH, bukan sekadar uswah. Sebab jika keteladanan yang ditampilkan tidak bernilai kebaikan atau bahkan membuat orang jauh dari kebaikan, justeru akan menjadi investasi dosa seperti dalam hadits Rasulullah saw.

مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ صحيح مسلم – (ج 6 / ص 342)

“Barang siapa yang memulai kebaikan dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkan di belakangnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa yang memulai keburukan dalam Islam, maka ia mendapatkan dosanya, dan dosa para pengamal sesudahnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” Muslim.

Oleh itu anak-anakku dan pengunjung setia sangkar ini, Tarbiyah yang paling berkesan adalah melalui Teladan. Menjadi ikutan yang mudah, tarbiyah paling berhemah. Kerana seringkali kita akan dipersalahkan andai cuba membetulkan sesuatu keadaan bilamana kita menegur meski dengan cara paling berhemah. Maka, cara yang terbaik adalah tunjukkan lah teladan. Mudah-mudahan melalui cara ini, hati mereka akan terbuka dan dengan lebih mudah untuk membuat perubahan diri. Begitulah juga dalam hal mendidik anak-anak. Kerana itu Rasulullah sering menekankan Konsep Uswatun Hasanah. Di sini umi kongsikan garis panduan mendidik anak cara Rasulullah SAW yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu: 

TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. 

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab. 

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 

Alhamdulillah, itulah juga sebahagian perkongsian pada Majlis Ilmu yang umi hadiri beberapa minggu lepas yang disampaikan oleh Ustaz Hanim dari Excel Training. Insya Allah, dari masa ke semasa akan umi kongsikan lagi. Umi beransur dulu, ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Bayar Bonus Staf! kalau tak siap ni, boleh haru-biru dunia… =) Selamat Berbuka Semua!

Wassalam

 
Leave a comment

Posted by on August 12, 2011 in family, ilmiah, kids, life, myself

 

“Tika”

Tika wajah
penat memikirkan dunia, maka berwuduklah…

 Tika tangan ini
letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah…

Tika bahu tidak
kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah…

Ikhlaskan semuanya
& dekatilah Allah s.w.t….

Agar tunduk disaat yang lain angkuh…

Agar teguh disaat yang lain runtuh…

Agar tegar disaat yang lain terlempar…

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in life, myself

 

Iftar – Ramadhan ke3

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Princessia…

Dah pukul 12.31 tgh mlm.. Mata umi masih belum mampu lelap. Excited nak share ape yg kami lakukan utk Iftar tadi. “Ape Iftar tu umi?” tanya Nurin dan Ain.. Sedikit perkongsian ilmu buat anak-anakku… Iftar tu adalah istilah yang paling tepat menunjukkan kita membatalkan puasa apabila telah tiba waktunya, samalah juga dengan Berbuka Puasa… 

 

Alhamdulillah, niat ummi utk kami berbuka di Masjid UTM tercapai juga petang tadi. Impian murni ummi, kongsikan dgn ayah.. Ayah yg begitu memahami memberi keizinan. Thanx my dear!

Pukul 5.30 ptg, setelah semuanya selesai di ofis, ummi terus bergerak pulang… rutin biasa, panggilan dari ayah menemani ummi dalam perjalanan pulang. Bertukar cerita seharian di pejabat.. (Macamlah seminggu tak berjumpa). Usul berbuka apa dan dimana menjadi topik seterusnya.. “Jadi nak berbuka di Masjid?” tanya ayah.. “InsyaAllah..jadi. tapi nak siapkan juga bekal ape2 yang patut..dibuatnya tak cukup mknn..kesian anak2 nnti” terang ummi. “Balik rumah dulu lah siapkan bekal, senang sket. Nanti tinggl amik anak2 je. Terus ke Masjid. Hati2 jgn renyah sgt” pesan ayah tak jemu2. Ummi pun terus balik rumah dulu. Siapkan sebakul bekal. Siap dgn susu dan Air Ribena yg ayah belikan smlam utk princessia umi. (Upah utk kakak yg berpuasa). Nasi, ayam goreng, sup sayur & sedikit tamar. Siap!!! Terus bergegas ke rumah babysitter.. ambil anak2.. Alhamdlillah, Nurin masih bertahan.. siap dpt bekalan roti durian dari babysitter utk Iftar nanti.

This slideshow requires JavaScript.

Inilah corat-coret umi & princessia kesayangan ketika Iftar di Masjid UTM. (Sempat lagi bg pose cun =)) Meriah..seronok coz ramai2. Ditambah pula dilayan oleh kakak2. Usai Iftar, kami terus ke kedai. Hajat umi nak beli susu adik Sajidah dan berus gigi kakak2, coz berus gigi lama dh kembang. Selepas membeli, Nurin & Aim minta nak main kat depan kedai. Tak sampai hati umi nak menolak. So, umi turutkan.sebagai upah buat anak2.. Alhamdulillah..hajat terlaksana.

“Umi, esok Nurin nak puasa lagi tau” kata Nurin penuh bersemangat. Syukur, meski usianya baru 5 tahun, semangat untuk menunaikan Rukun Islam ke3 ini begitu menebal. Moga srikandiku ini terus dalam Lindungan & Kasih SayangMu.. bisik ummi sendirian, dalam perjalanan pulang dari kedai. Setiba di rumah, sebakul kain yang baru siap dicuci umi kerjakan. Alhamdulillah, selesai satu lagi tugasan. Tugasan seterusnya ialah menidurkan anak2. Jam dah menunjukkan pukul 9.15 malam. Anak2 dikerah ke atas untuk tidur, mujur mudah sahaja. Begitulah aktiviti hari ini. Esok akan bermula lagi hari baru.. Dah pukul 1.26 pagi.. ummi beransur dulu. Insya Allah jumpa lagi nanti. Esok jadual kerja ummi agak padat. Ada mesyuarat belah pagi & petang. Mudah2an semuanya berjalan lancar, dimudahkanNya & diBerkatiNya.. ameen.

 

 
Leave a comment

Posted by on August 4, 2011 in CAREER, family, kids, life

 

Package of L.O.V.E

Assalamualaikum wbt & Salam Sayang Princessia…

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah swt. Atas nikmat & kasih sayangnya.. Dari Perancangan menjelang Ramadhan sehinggalah hari ke3 Ramadhan ini terlaksana jua.. Cukup indah, cukup manis… Pasti, andai ini Ramadhan terakhir umi, umi syukur kerana sebahagiannya telah terlaksana. Terima kasih Ayah kerana begitu bersungguh untuk sama2 merealisasikannya.. Syukran Jazilan juga buat puteri-puteri umi yang tidak pernah jemu menghadapi segalanya bersama…. Ya Allah, manisnya. Awalan, Pakej Kasih Sayang yang Allah limpahkan buat kami sekeluarga dalam menyambut Ramadhan membuatkan kami bersyukur kerana diizinkan dan dimudahkanNya. Syukran Ya Rabb.

Mak, Bapa, Aida, Hanis, Hafiz, Atiqah & Afifah… Insya Allah, mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan membawa sinar yang cemerlang dalam hidup kita semua.. Syahdu amat meninggalkan keluarga tercinta. Bukan mudah untuk bertentang mata, apa lagi berkumpul & berdakap mesra.. Meski tak kesampaian hajat utk bergambar sekeluarga, segalanya tetap akan abadi dalam ingatan.

1 Ramadhan 1432H

Ku kirim doa pada hembusan bayu tengah malam, Moga titis embun yang meniti dedaun menjadi secangkir air pengubat rindu. Kalian sentiasa dan selalu dalam ingatanku…

2 Ramadhan 1432H

Hajat berbuka bersama Mak & Atok di simpang juga terlaksana. Jam 12 tghri, kami tiba di rumah, niat awal nk singgah Simpg dulu sblm pulang ke rumah. Tapi, ayah perlu ke pejabat pula.. “Kita balik umah dulu ya sayang, petang nnt kta balik Simpng…”pesan ayah sblm berlalu ke pejabat. “Orait dear…” Sepeninggalan ayah, umi sempatlah mengemas kain baju utk dibasuh dan packing ole2 dari Kelantan utk diagihkan. Jam 3.00ptg mulalah bergegas ke kedai bersama angkatan Charlie’s Angel umi, membeli barang basah utk persiapan berbuka. Dalam kepala ligat memikir..nak masak ape ey? Hmmm… masak singgang pun sodappp kan? Dessertnya? (begitulah rutin umi sedari kecil, kebiasaan Tok menyediakan sajian berbuka, harus ada menu lauk & dessert). Teringat ayah ada cakap, tak puas mkn puding umi aritu.. herm, wat puding lah.. senang & sedap. Masa pun terhad dah ni. Setiba rumah dah pukul 4 petang. Ape lagi terkocoh-kocoh lah umi siapkan sumenye.. Selesai masak & kemas dapur, jam dah menunjukkan angka 5 petang. Sementara tunggu ayah balik, ummi siapkan princessia umi. Sesampai je ayah, kami pun terus bertolak ke Simpang Renggam. Jam 6.30 petang, sesampai je di Simpg, ummi pun bantu Mak menghidang mknn. Alhamdulillah, dapat berbuka bersama.. 

***********************************************************

Ramadhan ini, ada impian yang ingin umi realisasikan. Ramadhan ini, ada perkara yang perlu menjadi titik tolak kehidupan seterusnya..Ramadhan ini, ada cabaran buat diri sendiri yang akan terlaksana.. Kerana Ramadhan ini mungkin Ramadhan terakhir bagiku…. Selamat datang Bulan Mulia, Bulan Penuh Keberkatan, Bulan yang Lengkap dengan pelbagai Pakej Kasih Sayang dari Allah swt.. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung setia Sangkar ini. Di kesempatan yang Mulia kami warga princessnest menyusun sepuluh jari, mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan diri, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. 

Ok la sayang, jam dah pun menunjukkan pukul 5.08 petang..staf2 ummi sume dah bergerak pulang. Ummi pun nak balik dulu. Hari ni, ummi ada plan ‘terbaeekk’ utk anak2 umi. Nurin & Ain bagun sahur pagi tadi & nak berpuasa. Harapnya masih berrtahanlah hingga berbuka nanti. Alhamdulillah.. Sebelum ummi melangkah pulang, ummi kongsikan lagu ni ey… 

PERCAYA PADAKU – UNGU (thanx dear!)

Selamat Berbuka semua…
 
 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2011 in family, friends, kids, life

 

“Tika kita menangis”

Assalamualaikum wbt & Salam Petang Princessia umi,

Alhamdulillah Jumaat yang Barokah dtg lagi. Dah pun dihujung hari. 

Alhamdulillah juga Matlamat Utama mlm tadi terlaksana jua. Terima kasih buat Ibu & Awie, Amie, Faiz & Alisya yang hadir bermalam di Teratak Syurga Cinta kita. Meski matlamat sampingan tak kesampaian, tak mengapalah.. pasti terkandung hikmah. Insya Allah akan ada kesempatan dilain kali. Sebetulnya hajat gathering family begitu umi ingin lakukan sekali sebulan. Rapatkan ukhwah. Namun ada kekangan yang masih belum mengizinkan. Namun, Alhamdulillah hajat awal nak buat menjelang Nisfu Sya’ban lalu. Tapi ada kenduri pula di rumah Mak & Atok so pospon lah… kebetulan kena tika Hari Ulangtahun Ibu, so.. tak sempat nak buat apa2 sambutan tapi menu masakan malam tadi adalah sebahagian dari hadiah umi buat ibu. Biasalah, bila dah berkumpul ramai2, mcm2 hal lah jadinya. Syukur, segalanya berjalan dengan baik meski ibu kurang sihat. So, umi bagilah ubat selsema – Clarinise (ubat yg mbah slalu bagi pd umi dlu. Ubat selsema ni bagus dan tak menagntuk). Ibu samb tidur.. Alisya pula agak meragam.. Umi runsing, lalu letakkan senaskhah Al-Quran disebelah kepalanya. Barulah dia boleh tidur. (Mungkin ada sesuatu yang menganggu, fikir umi). Mudah2an ini bukan gathering terakhir buat kita.. 

Tengahari tadi juga, sempat umi, Nurin & Ain berkejar ke rumah mama. Melawat lagi sekali adik Adam. Cian Adam, kena kuning.. Sorry mama tak dapat nak borak panjang, umi kena masuk ofis semula. Nanti kita cari masa lagi n borak2 ey…

This slideshow requires JavaScript.

p/s: Gmbar Nurin muncung coz dia merajuk nk amik gmbo…hihihi

Anak-anakku,

“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya.”

Ketika secara zahir Allah menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, beerti Dia telah melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia Allah itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran kaburnya mata hati.

Tunjukkan kemurahan kepada saudara-saudaramu. Biasakan dirimu memberi dan mengasihi. Memberi secara langsung adalah mengeluarkan harta dan menyerahkannya kepada mereka. Sementara, memberi secara tidak langsung adalah menunjukkan perhatian. Jangan bakhil dan menahan apapun yang mampu kau berikan kepada mereka. Kerana keramahan, kemurahan dan kelapangan merupakan inti perjalanan. Siapa saja yang menjaga sifat-sifat itu dalam hidupnya, nescaya seluruh rintangan yang menghalangi dan mengotori mata hati akan sirna.

Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa jalan keluar akan segera datang secepat cahaya dan sekejap mata.

Allah tidak pernah mensia-siakan kita, hanya kita yang mensia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan pada kita. SubahanAllah!

Dia yang memiliki, Allah memiliki segala-galanya.

Bertepatan dengan gerbang Ramadhan. InsyaAllah bermula minggu ini, setiap Jumaat umi akan cuba sajikan dengan pengisian ilimiah agar Roh Jumaat itu dapat dirasai & dimanfaatkan bersama. Insya Allah. PadaNya jua segala kita serahkan. Moga setiap niat & amal yg baik itu mendapat Rahmat & DimudahkanNya. ameen.

Ya Allah, pelihara ‘rasa’ ini. Sungguh aku amat merindui Ramadhan, bersemangat umi nak menyambutnya tahun ini, Berdebar amat, tak pasti kenapa. Excitednya, sampai rumah pun dah siap umi kemaskan meski sendirian saja. Angkat itu, alih ini, tampal itu dan letak ini, basuh itu, sental ini. Tinggal bilik je yang tak sempat nak kemas lagi. Janji umi, sebelum puasa, mesti nak settle juga. Aktiviti Ramadhan kali ini dh mcm2 umi angankan. Mudah2an Allah kabulkan. Ameen, Ya Rabb.
 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2011 in family, ilmiah, life

 

“Terrific Tuesday!!!”

Assalamualaikum wbt Princessia kesayangan….

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah… 

Apa lagi seindah kata menunjukkan kesyukuran dihujung hari yang hebat ini? Hari ini umi bangun awal dari kebiasaan. Nak siapkan slide utk meeting Staf LA dengan Pengarah. Ada slot utk umi, briefing staf mengenai beberapa polisi dan perkara baru yang berlaku. So, kenala prepare elok-elok. Sorry En. Ayah, sorry princessia umi “curi” sedikit masa santai di rumah utk membuat kerja pejabat. Sampai ofis, dah bersusun ‘To Do List’ yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah segalanya dalam keadaan yang dirancangkan. Seperti biasa, umilah yg akan bertindak selaku MC nya. Perjumpaan dimulakan dengan Bacaan Doa, diikuti dengan amanat Pengarah dan penerangan ringkas dari Pn. Umi yg Cute.. (alamak terperasan plak =)) Pengarah dengan besar hatinya telah men’sponsor’ sekotak kurma utk setiap staf dan jamuan ringan pagi tadi.. Terima kasih Pengarah yang sgt baik hati & dedikasi.. umi kagum dgn pengarah umi..Sedikit sbyk, ada juga perkara-perkara yg umi belajar melalui beliau. Mudah-mudahan dapat dipraktikkan. 

Selepas sesi amanat & penerangan tu, kami undang penceramah utk menyampaikan ceramah “Semarak Ramadhan” disampaikah oleh Yg. Bhgia Prof. Madya Dr Aminuddin Ruskam Al-Dawamy. Ringkas & padat. Pengisiannya diselangi dgn video nasyid mengenai Ramadhan. Best sgt cara penyampaian ustaz Aminuddin ni.. Ustaz ni pun salah sorg sahabat lama Embah tau… 

Selesai sesi Perjumpaan di Akademi, umi berkejar ke Bengkel Keluarga Bahagia. Disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Hanim@Halim b. Mohd Tahir dari Ecxel Training & Consultancy… Ya Allah..syukur sgt meski umi masuk separuh masa kedua.. (coz bengkel ni start dr pagi). Syukur juga coz dijemput utk menyertainya. Pengisiannya juga padat & ringkas.. Banyak input yg dikongsikan. Ada sebahagian besar kita tahu tapi kurg arif cara yg terbaik utk laksanakan, so Penceramah telah berikan cara-cara dan contoh2 terbaik & mudah utk laksanakan.. Insya Allah, kita akan berkongsi & laksanakan bersama ya..En. Ayah & anak?

Padat jadualnya hari ini namun syukur kerana aktivitinya sgt bermanfaat. Isi Majlis Ilmu yg umi hadiri hari ini Insya Allah akan umi kongsikan dlm post akan datang ey.. Now jam dh pun menunjukkan jam 6.20ptg. Kesian princessia umi..so umi beransur dulu.. Kejap lagi ada beberapa aktiviti yg WAJIB kita buat. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan. Menarikkan?

Ameen.

 
Leave a comment

Posted by on July 26, 2011 in ilmiah, life, myself

 

“tika jari menari”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Tika jari ini menari, cuba melerai kata di hati, Yang pasti tak mampu utk terluah segala isi.

Lahirnya sangkar ini punya tujuan pastinya, dedikasi buat permata hati.. anak2 burung yang sentiasa menghiasi hari2ku.. Bersiul indah..merdu tanpa mengetahui apa nasibnya.. Menikmati hidup riang seadanya.. 

Tulisanku di sini, tidak berniat utk mengundang duka atau riak menyakitkan hati sesiapa sahaja.. Sekadar coretan hati, perjalanan kehidupan, tatapan sahabat handai yg jauh dimata namun sentiasa dekat di hati.. 

Terima kasih untuk semua yg peduli ttg diri ini… mengikuti tiap jejak langkah, tiap bait madah. 

Harapanku satu, jangan disalah tafsirkan segala isinya, usah dipanjangkan andai mengundang nesatapa. Terimalah ianya sbg catatan sebuah Episod Ceritera Cinta.

Wassalam

(5.01 pagi – Teratak Syurga Cinta)

1000 kisah, 1 Hati – Ungu

 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2011 in life, myself

 

::bila hati berbunga-bunga::

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Princessia,

 

Lama juga umi tak berceloteh ttgh family kita kan? (lama sgt ke?) Gitulah kalau sesuatu yg kita buat dh jadi sebahagian dr rutin, bila tak buat rasa ada yg tak kena. Apa umi nak citer arini?

Benar, hati ummi berbunga2..rasanya anak2 ummi pun sama. Semalam petang, ummi rush balik awal, coz ayah nk balik umah Mak. Nk bagi roadtax motor atok. Sampai umah, terus ummi berkemas dn mandi siap2, so nanti tak la kalut dgn nk uruskan anak2 dn solat Maghrib bila tiba Simpg. Seronok betul anak2 ummi ni bila tahu nk balik Simpg. Sampai je rumah;

“Ummi dh bersiap?” Tanya Nurin.

“Dah…..!”balas ummi. (Wah anakku yg sorg ni, masuk rumah terus Tanya ummi mcm tu).

“Ayah kita nk g umah mak. Nape ummi gosok baju & seluar kije ayah?” Tanya Nurin lagi.

“Supaya bila balik mlm nnt, dh blh terus tido…sume brg utk skolah n kije esok dh siap..”ummi terangkan.

“Kita tido umah mak je lah..”kata Ain pulak..

“Esok ummi & ayah kerja..tak boleh lah tido umah Mak” ayah mencelah.

Tepat 6.30 Naza Citra kami membelah lebuhraya menuju Simpang Renggam. Seronok benar anak2 ummi. Lebih kurang 7.15mlm dah tiba di rumah. Cuaca masih terang. Tak terasa dh hampir Maghrib. Mak dh bersiap di sejadah untuk Solat Maghrib. (Mak, memang begitu, rasanya semenjak ummi kenali Mak dia mesti Solat diawal waktu). Ummi pulak sibuk melayan anak2 lah. Setiap kali sampai umah Mak ni ada shj perkara luar biasa yang ingin dicuba anak2.. Boleh pula 3 beradik ni panjat kerusi sofa nk tengok ikan dalam akuarium.. Aduh..gawat sungguh! Lelah juga nak tenangkan. Mujur juga ummi bawa Majalah Sayang Muslim & Aulad. Anak2 ummi ada aktiviti sopan yg boleh dilakukan, apa lagi kalau bukan menulis dan mengaler. Sajidah pun tak terkecuali. Alhamdulillah Sajidah dh pandai pegang pensel dan menconteng..

Lepas mkn malam, spt biasa ummi bantu Mak mengemas di dapur. Sambil mengemas ada la beberapa perkara yg diborakkan. Terasa makin dekat dgn Mak. Begitulah juga rutin ummi kalau kat umah Tok (Kelantan). Untungnya jadi org perempuan, ada juga masa utk bersama dan berborak.. Itulah bila buat kerja sama2 di dapur. “Org perempuan ni, nak ke mana lagi.dapur lah tmpatnya” kata2 Tok bertahun lalu sentiasa di ingatan. Benar mak.. segala leteran Tok satu ketika dulu sntiasa jadi Azimat buat ummi kini. Kini, meski sukar utk menemukan dgn emak sendiri di dapur, mak mertua lah pengganti. Terima kasih Mak.

Sekejap & cepat shj kalau dgn Mak, kadang2 ummi baru nk mengemas, Mak dh siapkn sume. Usai berkemas, kami semua berehat depan TV. Layan drama, aktiviti yg amat jarang ummi lakukan andai di rumah sendiri. Tapi, bila kt rumah mak..mmg punya byk masa senggang, waktu tu jugalah kami bertukar2 cerita. Kalau Atok ada, bertambah lah meriahnya berbual. Ummi senang berbual dgn Atok. Mudah diajak berbicara, ttg apapun pasti ada idea yg dikupas berdasarkan pengetahuan & pengalaman hidupnya.

“Eh, dh 10lebih lah sayang.. pukul bape nk balik nih?” tingkah ayah tiba2 sedang sume asyik melayan Drama TV.

“Tak yah lah balik ayah.. tido sini je..”rengek Ain spt biasa.

“Tak boleh lah sayang.. ummi & ayah kerja” ummi mengambil alih..tugas memujuk, mmg ayah serah pd ummi specially Ain sorg nih.

“Ain nak mkn durian..” rengek Ain lagi.

“Meh sini..meh..” Atok memujuk Ain menuju ke blkg umah..

Puncanya, Ain ternampak tika sambut Atok balik dr Masjid tadi.. dia ke blkg coz nk sambut Atok, bau & Nampak pulak durian yg sedap2 .apelagi..merengek tak sudah selagi belum dapat. Alhamdulillah..rezeki anak2. “Daaaaaaaaaappp”, kata Sajidah sambil ibu jari tunjuk tanda sedap ke muka umi. (Cepat benar meniru puteri umi yg sorg nih). Sudah mkn, mengemas lah nk balik. Seperti biasa juga mak tak pernah biarkan kami pulang tangan kosong.. pasti ada sesuatu yg dikirim pulang. Aduhai, sebak & terharu ummi, Sebab tu ummi kekadg segan dgn Mak & Atok. So, tiap kali balik umah Mak, ummi usahakan juga utk masak sesuatu. Tidaklah datang tangan kosong. So kalau balik pun mak kirim ape2, taklah segan sgt. At least, mak balas bekas kita balik. Bukanlah kita bawa bekas mak balik & next time barulah nk balas..ye dak? Adab kita, org Melayu..

Sepanjang perjalanan pulang..ada sesuatu bermain dalam kepala ummi.. tersenyum ummi sendirian. Ayah di sebelah seolah2 dpt membanca isi kepala ummi menegur..

“Kenapa sengeh sendiri ni?” sambil dagu umi di cuit.. Ayah senyum sinis.

“Kan abg dh kata… ape yg ayg slalu fikir tu tak betul…abg kenal mak abah abg”, kata ayah selamba.

“Terima kasih abg..”.. ringkas jawab ummi..segan sendiri.

Dalam perjanalanan tu, ayah dpt panggilan mencemaskan. Ayah terpaksa hntar ummi & princessia ummi ke rumah dulu kemudian keluar semula ke ofis di UTM, ada hal yg agak besar perlu diselesaikan.

“La illa ha illa anta subha naka inni kuntum minazzolimin”

Zikir ummi kirimkan pada ayah melalui sms, mengingatkan diri ummi dn ayah.. Itulah jua zikir yang sentiasa dlm ingatan ummi, di ajar oleh ustazah kesygn ummi, Ustazah Asiah ketika menuntut di SMKA dulu. “Kalau kita dalam kesulitan cubalah amalkan zikir ni..Insya Allah..pasti ada jalan keluar”. Ummi tak nafikan, tiap kali zikir ini menjadi lagu di bibir, Alhamdulillah..segalanya menjadi mudah.. syaratnya perlu yakin & istiqomah.

Setiba di rumah, ummi bingkas menidurkan anak2.. puas juga mengulit Sajidah.. lambat juga baru tidur.

Anak2 dah tidur, ummi tak dpt lelapkan mata, menanti ayah balik. Setiba shj ayah kat rumah. Terkocoh2 ummi siapkan air minum utk ayah..rutin biasa setiap mlm. Sambil meneman ayah minum, ummi mendengar cerita ayah.. Pelbagai spekulasi, pendapat cuba diberikan..cuba merungkai permasalahan. Pastinya esok ada perkara yang menuntut komitmen lebih Ayah.. Justeru, diriku & anak2 ku mengertilah keadaan ayah ya…

Jam dah merangkak ke pukul 2.30 pagi..kami baru beransur utk tidur. Harini rutin ummi bermula lagi.. Kursus Membuat Web menjadi semangat utk ke tempat kerja.. Kebetulan Web UTM menggunakan WordPress juga.. Alhamdulillah, memudahkan kerja ummi utk menjadi Admin Web Language Academy.. pastinya.

“Nanti bolh tolg buat utk abg juga ey..”usik ayah.

Insya Allah suamiku.. Apa yg ada kita cuba usahakan bersama. Mengapa ummi kata hati berbunga2? Sedangkan rutinnya biasa shj? Ntah, ummi pun tak pasti. Tapi terasa hari ini Lebih Hangat Dari Biasa… =)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

 
Leave a comment

Posted by on July 21, 2011 in family, kids, life, my luvie dovey

 

Wordless Wednesday: “Allah is everywhere”

a simple reminder for me, myself and my dearest princessia..

 

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2011 in life, myself