RSS

seminggu yg lalu..

10 Jul

Assalamualaikum wbt & Selamat Malam Princessia Umi…

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah…

Bersyukur, masih punya hayat, masih punya kudrat, masih punya kemampuan meski kesihatan kita sekeluarga agak tidak menentu sejak akhir2 ni. Ayah, umi, nurin,ain & sajidah semuanya mengalami batuk2 yang agak serius. Bermula dengan ayah, kemudian ain, sajidah, umi dan nurin.. Ayah & umi agak sehati & sejiwa.. kemarin ayah batuk darah..umi yg comey ni jaga ayah & anak2 sehabis baik (uh, ayat perasan apakah ini?). semalam giliran umi pula. Mujur ayah disisi.. bertindak sebagai Mr Mama yg sgt hebat & juga Superman umi yg tangkas…hihihi (Thumbs Up utk Ayah!!! – alamak, umi hutang upah utk ayah..nanti ey.. =) )

Tadi bergayut dengan Tok..cerita..ceriti..biasalah kan..memacm lh yg dikongsikan & diluahkan. Thanx utk Tok coz ingtkan umi ttg petua batuk2 ni.. Teringat zaman umi ber’Kayangan’ dlu.. Aunti Repa yg kongsi petua ni.. Minum kicap yg diperah dgn limau nipis. Ha’ah, umi terlupa… nnti tunggu ayah balik, kita try sesame dgn ayah ey.. then  sape lg ey yg kongsikan, sapu kapur campur limau nipis dekat tekak dan dada.. herm, senang & menarik. Amat sesuai utk umi yg susah sgt nk mkn ubat klinik ni.

Ok la to make it short, Start 1 Julai sampai hujung bulan ni, rasanya mmg umi padat dgn Bengkel, aktiviti ofis, aktiviti kolej dan beberapa special event utk family kita.. semua ni gara-gara Ramadhan akan menjengah tak berapa hari lagi so masing-masing berlumba-lumba nak lunaskan tanggungjawab supaya kedatangan Ramadhan nnt dpt dihayati dgn benar-benar Iman. Bukanlah bermakna bulan Puasa tu nnti takde aktiviti langsung.. tapi lebih byk aktiviti yang berkaitan dgn amalan yg boleh meningkatkan pahala puasa pastinya jadi kita terhadkan sikit waktu aktiviti2 yg biasa kita buat spt di bulan2 yg lain. Nama pun Bulan Istimewa.. Ramadhan. Satu Bulan yg Allah hadiahkan buatkan kita. Wajarlah aktiviti2 yg dijalankan adalah lebih istimewa dan berbeza dr bulan2 yg lain kan, anak2?

Aduh, pnjang juga rasanya celoteh umi kali ni. Umi ringkaskan peristiwa yg berlaku seminggu yg lalu;

1-Bengkel Penyelarasan Kursus Bahasa Inggeris Sarjana Muda & Diploma.

2-      Perhimpunan NC – 17 org staf akademi bahasa naik pentas utk kenaikan pangkat utk pertama kalinya ke DS52. Alhamdulillah.. KPI Kenaikan Pangkat umi dh achieve over 200%! Bakal menyusul kira-kira 17 org lagi! Alhamdulillah..(Dr. Aireen salah sorg yg vogue de vast naik pentas pg tu)

3-      Bengkel Anjakan Gaji

4-      Bengkel Kenaikan Pangkat DS54 & Profesor secara online.

5-      Taklimat Audit Universiti Autonomi dari NC

(Bersiap sedialah jentera pendaftar..korg lah yg bakal tak tido mlm nnt)

6-      Persiapan Bengkel Kesihatan Holisitik di Tempat Kerja oleh Datin Dr. Zainah bt. Mokhtar.

7-      Persiapan Bengkel Pemantapan JKM KTC

8-      Bengkel Pemantapan JKM KTC di Felda Residence, Tg. Leman.

Mutiara kata hri ini: jaga solat, utamakan solat, jgn ringgan2kan solat, titik beratkan solat, nasihatkan supaya solat,dahulukan solat, besarkan solat, dirikan solat kerna ia pembeza muslim atau kafir,, di akhirat kelak allah tukar yg takk solat berwajah babi n khinzir ~Ustaz Zawawi Jusoh~

 
 

Leave a comment